Kes sembuh atasi kes baharu

ARAB Saudi pada Rabu, 8 Julai merekodkan 3,036 kes baharu Covid-19 tetapi pada masa yang sama mencatatkan angka sembuh 3,211 mengatasi jumlah kes baharu.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan, setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 220,144.

Sebanyak 42 kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 2,059 kes manakala kes sembuh pula 158,050.

Ketika ini, terdapat 60,035 kes masih aktif di mana 2,263 kritikal.

Sementara itu Riyadh merekodkan 288 kes diikuti Jeddah 243, Taif 187, Hufof 171, Makkah 142, Khamis Mushayt 141, Dammam 133, Mobarraz 122 dan Madinah 117

Related posts

Leave a Comment