125 kes baharu di Singapura

SINGAPURA mengesahkan 125 kes lagi dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di republik itu sebanyak 45,423 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 21 daripada kes baharu itu  adalah jangkitan dalam komuniti yang melibatkan empat rakyat tempatan atau pemastautin tetap, manakala 17 lagi pemegang pas kerja. Lima kes merupakan kontak rapat kes terdahulu dan telah dikuarantin. Satu kes import turut dilaporkan dan pesakit sudah dikuarantin di rumah (SHN). Setakat tengah hari semalam,  41,323 atau 92 peratus  pesakit telah pulih sepenuhnya manakala 215 kes masih dirawat dengan seorang di unit rawatan rapi. Jumlah kematian pula kekal 26. INDONESIA…

Read More

Jumlah kes di Saudi 223,327

ARAB Saudi merekodkan 3,183 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 223,327. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula meningkat kepada 2,100 dengan tambahan 41 kematian baharu. Sementara itu, sebanyak 3,046 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa peningkatan kes sembuh kepada 161,096. Kes aktif pula 60,131 di mana 2,225 kes kritikal. Mengenai taburan kes pula, Riyadh mencatatkan kes tertinggi dengan 364 kes diikuti Dammam 247, Jeddah 246, Al Hafouf 196, Taif 181, Al Mobarraz 152 dan Madinah 122.

Read More

Enam kes baharu

𝐓𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 #𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝟎𝟗 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟎 Sebanyak 13 kes sembuh & discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes discaj adalah sebanyak 8,499 kes. Kes positif hari ini adalah 6 kes menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,683 kes TIADA kes kematian berkaitan #COVID19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian KEKAL sebanyak 121 kes dengan kadar kematian sebanyak 1.39% Sebanyak 2 kes dirawat di ICU dan 1 kes masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Read More

Surau tampung solat Jumaat

HARI ini sudah tentu ramai yang sedang memikirkan di mana untuk solat Jumaat esok, 10 Julai 2020. Mereka terutama warga pencen, yang tidak bekerja atau sepenuh masa duduk di rumah tercari-cari masjid mana yang akan menerima kehadiran mereka kerana had yang ada tidak mampu menampung jemaah. Jika minggu lepas, melalui online, mereka sudah dijemput atau tersenarai, maka minggu ini terpaksa mengalah bagi memberi laluan kepada orang lain pula. Kecuali mereka terus memohon dan diluluskan atau mencari masjid lain yang berhampiran yang mungkin masih mempunyai ruang. Walaupun ada negeri yang tidak…

Read More

Kes jangkitan hampiri 12 juta

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia menghampiri 12 juta apabila data Johns Hopkins University setakat 6.30 pagi ini, 9 Julai mencatatkan 11,982,883 kes dengan jumlah 547,722 kematian. Amerika Syarikat (AS) yang terus mendahului negara-negara lain kini mencapai angka 3 juta dengan catatan  3,040,957 manakala kematian pula meningkat kepada 132,095. Brazil juga mengekalkan kedudukan kedua dengan catatan melepasi 1 juta kes iaitu 1,713,160 kes dengan 67,964 kematian. India dan Rusia pula masing-masing merekodkan 742,417 dan 699,749 kes manakala Peru 312,911 dan Chile 303,083 kes. Sepuluh negara merekodkan angka melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) 288,510,…

Read More

Kes sembuh atasi kes baharu

ARAB Saudi pada Rabu, 8 Julai merekodkan 3,036 kes baharu Covid-19 tetapi pada masa yang sama mencatatkan angka sembuh 3,211 mengatasi jumlah kes baharu. Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan, setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 220,144. Sebanyak 42 kematian juga dilaporkan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 2,059 kes manakala kes sembuh pula 158,050. Ketika ini, terdapat 60,035 kes masih aktif di mana 2,263 kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan 288 kes diikuti Jeddah 243, Taif 187, Hufof 171, Makkah 142, Khamis Mushayt 141, Dammam 133, Mobarraz 122 dan Madinah…

Read More