Kes jangkitan hampiri 12 juta

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia menghampiri 12 juta apabila data Johns Hopkins University setakat 6.30 pagi ini, 9 Julai mencatatkan 11,982,883 kes dengan jumlah 547,722 kematian.

Amerika Syarikat (AS) yang terus mendahului negara-negara lain kini mencapai angka 3 juta dengan catatan  3,040,957 manakala kematian pula meningkat kepada 132,095.

Brazil juga mengekalkan kedudukan kedua dengan catatan melepasi 1 juta kes iaitu 1,713,160 kes dengan 67,964 kematian. India dan Rusia pula masing-masing merekodkan 742,417 dan 699,749 kes manakala Peru 312,911 dan Chile 303,083 kes.

Sepuluh negara merekodkan angka melebihi 200,000 kes didahului United Kingdom (UK) 288,510, Mexico 268,008, Sepanyol 252,513, Iran 248,379, Itali 242,149, Pakistan 237,489. Afrika Selatan 224,665, Arab Saudi 220,144, Turki 208,938 dan Perancis 206,072.

Lima negara merekodkan lebih 100,000 kes di mana Jerman mendahului dengan 198,699, Bangladesh 172,134, Colombia 124,494, Kanada 108,316 dan Qatar 101,553.

China, negara yang bermulanya wabak ini merekodkan 84,941 kes diikuti Argentina 83,426.

Sementara itu, UK di tempat ketiga kematian dengan merekodkan 44,602 diikuti Itali 34,914, Mexico 32,014, Perancis 29,936, Sepanyol 28,396, India 20,642, Iran 12,084, Peru 11,133 dan Rusia 10,650.

Dunia juga merekodkan 6,511,854 kes pesakit pulih di mana Brazil merekodkan 1,117,029 diikuti AS 936,476, Rusia 471,718 dan India 456,831.

Related posts

Leave a Comment