Dua hari Thailand tanpa kes

INDONESIA merekodkan 1,198 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 54,010 kes, kata jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini 28 Jun, sebanyak 34 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,754 orang. Sebanyak 14,712 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 831 kes, diikuti provinsi Jakarta (625 kes), Kalimantan Selatan (182), Jawa Barat (175) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain. THAILAND mencatatkan dua…

Read More

PKR tagih kembalikan mandat

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dipulangkan ke tempatnya pada kadar segera, dan dalam bentuk yang telah diberi oleh rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 termasuk dalam isu peralihan kuasa dari Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim. Pada masa yang sama Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam mesyuarat bulanan hari ini menegaskan PKR dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan raya Umum ke-15 lebih awal dari 2023. Dalam kenyataan yang dipetik dari FB PKR,…

Read More

18 kes, hanya tiga warganegara

PUTRAJAYA: Kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 8,634 apabila 18 lagi kes positif dilapor hari ini, 28 Jun di mana empat adalah kes import melibatkan tiga warganegara  dan seorang bukan warganegara.yang merupakan pemastautin tetap atau dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 14 kes penularan dalam negara, kesemua kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia. Sembilan adalah kes saringan ulangan bagi Kluster Pedas, Negeri Sembilan; dua kes saringan Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor; dua di Sabah iaitu satu kes saringan ke atas banduan sebelum dibebaskan dari penjara…

Read More

9.9 juta kes, 497,427 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 9,937,618 berbanding pagi semalam, 27 Jun 2020 sebanyak 9.7 juta manakala kematian kini 497,427 berbanding 492,000. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling terjejas dengan merekodkan 2,504,492 dan 125,472 berbanding pagi semalam 2.45 juta kes dan 124,891 kematian. Ini diikuti Brazil yang merekodkan 1,313,667 kes dengan 57,070 kematian diikuti Rusia 626,779 kes dan 8,958 kematian. India pula merekodkan 508,953 kes diikuti United Kingdom (UK) 311,727 kes. Enam lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru 275,989, Chile…

Read More