Kes 9.18 juta, 474,513 korban

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 9.18 juta manakala kematian meningkat kepada 474,513 setakat 7 pagi Rabu, 24 Jun 2020.

Menurut data Johns Hopkins University, peningkatan kira-kira 180,000 kes dikesan dalam tempoh 24 jam manakala peningkatan 4,000 kes kematian.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif  2,341,632 kes dan 121,119 kematian diikuti Brazil dengan 1,106,470 kes dan 51,271 kematian.

Rusia pula menghampiri 600,000 kes apabila merekodkan 598,878 kes tetapi di tempat ke-14 kematian dengan 8,349 kes.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan tertinggi ialah India dengan 440,216 kes dan United Kingdom (UK) dengan 307,682 kes.

Lima lagi negara mencatatkan angka melebihi 200,000 iaitu Peru 260,810, Chile 250,767, Sepanyol 246,752, Itali 238,833 dan Iran 209,970.

Sementara itu, sembilan negara merekodkan angka melebihi 100,000 kes iaitu Perancis 197,804, Jerman 192,480, Turki 190,165, Mexico 185,122, Pakistan 185,034, Arab Saudi 164,144 , Bangladesh 119,198, Afrika Selatan 106,108 dan Kanada 103,767.

Qatar merekodkan 89,579 dan China 84,640 

Sementara itu United Kingdom berada di kedudukan ketiga kematian dengan merekodkan 43,011 kes korban diikuti Itali 34,675, Perancis 29,723 , Sepanyol 28,325 manakala Mexico 22,584 dan India 14,011.

Kes pulih pula di seluruh dunia adalah 4,603,799.

Related posts

Leave a Comment