Saudi catat 3,379 kes baharu

KES positif harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan sedikit penurunan hari ini, berbanding hari-hari sebelumnya dengan catatan 3,379 berbanding semalam 3,941.

Kementerian Kesihatan mengumumkan dalam tempoh 24 jam, jumlah keseluruhan kes adalah 157,612.

Dalam tempoh yang sama, jumlah kematian juga meningkat kepada 1,267 dengan tambahan 37 kes manakala kes sembuh juga menunjukkan peningkatan kepada 101,130 termasuk 2,213 kes yang dikaporkan pulih.

Sementara itu, Riyadh merekodkan 668 kes diikuti Jeddah 342, Makkah 340, Dammam 225,  Al Qattif 216, Taif 179 dan Madinah 165 .

Related posts

Leave a Comment