KES positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 7,730,422 dengan kematian 428,101 sehingga 5.30 pagi ini, 14 Jun 2020.
Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 2.06 juta kes dan 115,251 kematian.
Brazil juga terus menunjukkan trend peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 828,810 kes diikuti Rusia 519,458 kes;dan India 308,916.
Empat lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 didahului United Kingdom (UK) yang merekodkan 295,828, Sepanyol 243,605, Itali 236,651 dan Peru 220,749.
Lapan negara berada dalam kelompok kes jangkitan melebihi 100,000 kes, iaitu Perancis 193,746, Jerman 187,267, Iran 184,955, Turki 176,677, Chile 167,355, Mexico 132,405, Pakistan 132,405 dan Arab Saudi 123,308.
Kanada dan Bangladesh masing-masing mencatatkan 99,903 dan 84,379 kes mengatsi China yang mencatatkan 84,229 kes.
Sementara itu, Brazil dan United Kingdom mencatatkan lebih 40,000 kematian, menduduki tempat kedua dan ketiga iaitu masing-masing 41,828 dan 41,747.
Itali pula 34,301 diikuti Perancis 29,401, Sepanyol 27,136, Mexico 16,448, Belgium 9,650, India 8,884, Jerman 8,793, Iran 8,730, Kanada 8,177 dan Rusia 6,819.