MAEPS kuarantin PATI

PUTRAJAYA : Jangan terkejut jika tiba-tiba Ketua Pengarah Kesihatan umum kes positif Covid-19 meningkat kerana ia mungkin melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sebelum ini terkurung di depoh tahanan masing-masing.

Terdapat kes positif Covid-19 yang meningkat dalam kalangan tahanan PATI di Depoh Tahanan Imigresen di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mengekang penularan jangkitan di depoh, PATI yang positif Covid-19 akan ditempatkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Pusat Kuarantin Khusus untuk PATI itu adalah bagi mengelakkan PATI dan rakyat tempatan bercampur serta mengelakkan jangkitan terhadap tahanan lain.

“Mereka yang positif akan dihantar ke pusat kuarantin di MAEPS, Serdang. Jadi kita asingkan mereka dengan rakan mereka yang lain. Ini bagi memastikan supaya tidak merebak di kalangan tahanan depoh yang lain,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan peningkatan kes agak tinggi di kalangan PATI di depoh kerana mereka sudah pun terkurung di dalam kawasan depoh. Jadi peluang untuk (Covid-19)  merebak di luar adalah tidak ada sebab di dalam itu ada saringan kepada semua PATI termasuk pegawai.

Ismail Sabri berkata, pesakit Covid-19 di MAEPS dari kalangan rakyat tempatan telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bermula hari ini. 

Related posts

Leave a Comment