14 kompaun raya di kampung

SEMALAM, 1 Syawal, sebanyak 1,243 kenderaan (berbanding 1,158 pada Sabtu) telah diarah berpatah balik ketika cubaan merentas negeri, kata Menteri Kanan (KKuster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

Selangor mencatatkan kes rentas negeri tertinggi dengan 685 kes, diikuti Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing 133 dan 72 kes.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan 214 kompaun di sekatan jalan raya dan 14 kompaun terhadap mereka yang dikesan rentas negeri dan berada di kampung halaman masing-masing.

Setakat semalam, PDRM turut menahan 470 individu, 87 ditahan reman sementara 23 individu diikat jamin atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam pada itu, sebanyak 162 sekatan jalan raya (SJR) rentas sempadan negeri telah diadakan dengan 127,552 kenderaan diperiksa di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment