Saudi catat 2,642 kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 2,642 kes koronavirus Covid-19 baharu, satu peningkatan berbanding sebelumnya 2,532 kes. Peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan 67,719 kes. Dalam tempoh yang sama, 13 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes 369 sementara kes pulih. Majoriti kes melibatkan bukan wargangera iaitu 62 peratus berbanding warganegara 38 peratus  sementara 73 pertaus melibatkan lelaki dan 11 pertaus kanak kanak. Sementara itu, Riyadh, merekodkan 856 kes diikuti Jeddah 403, Makkah 289, Madinah 205 dan Dammam 194 dan Ad Diriyah 118.

Read More

Tiada kes baharu di Thailand

THAILAND tidak mencatatkan sebarang kes baharu jangkitan atau kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covif-19 kekal pada 3,037 kes dengan 56 kematian. Walapun demikian, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) bersetuju  perintah darurat di negara itu dilanjutkan sehingga 30 Jun ini berikutan keadaan pandemik Covid-19 dunia masih belum stabil. Perkara itu diputuskan pada mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan o-cha hari ini yang turut membincangkan kemungkinan memendekkan tempoh perintah berkurung berbanding 11 malam hingga 4 pagi sekarang. Jurucakap CCSA Thaweesilp Wissanuyothin berkata pelanjutan perintah darurat…

Read More

Cubaan rentas negeri

MELAKA, Perak, Pulau Pinang mencatatkan cubaan pergerakan rentas negeri tertinggi. Ada 886 kes di Melaka, Perak 362 dan Pulau Pinang 284. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung, telah diarahkan berpatah balik oleh pihak polis. “Setiap hari saya ulangi jangan buat rentas negeri dan semalam mungkin bila saya umum tiada lagi kebenaran lagi rentas negeri, mungkin ramai yang ingin mengambil kesempatan rentas negeri. “Mungkin mereka takut hari ini ada sekatan jalan raya dan sebagainya, dan…

Read More

78 kes baharu

PUTRAJAYA : Sebanyak 78 kes baharu positif Covid-19 direkod hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,137 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,163 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada 78 kes baharu yang dilaporkan, 25 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 53 kes adalah penularan tempatan. “Daripada 53 kes penularan tempatan itu, 40 kes adalah bukan warga Malaysia dengan 25 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur,”  katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19, di sini. Terdapat 63 kes pulih pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah…

Read More

5 juta kes, 320,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 hari ini mencecah 5 juta di seluruh dunia dengan kematian pula mencecah 320,000 orang. Data Johns Hopkins University, menunjukkan pertambahan 90,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat 4,000. Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan kes yang tinggi dengan merekodkan  jumlah kumulatif 1.5 juta dan 93,000 kematian. Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 adalah Russia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali. Sementara itu, enam negara lain mempunyai angka jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Iran, India dan Peru. Mengenai…

Read More