5 juta kes, 320,000 maut

JUMLAH kes positif Covid-19 hari ini mencecah 5 juta di seluruh dunia dengan kematian pula mencecah 320,000 orang.

Data Johns Hopkins University, menunjukkan pertambahan 90,000 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam manakala kematian pula meningkat 4,000.

Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan kes yang tinggi dengan merekodkan  jumlah kumulatif 1.5 juta dan 93,000 kematian.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 adalah Russia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Sementara itu, enam negara lain mempunyai angka jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Iran, India dan Peru.

Mengenai kematian. di samping AS, dua negara lain melepasi angka 30,000 iaitu United Kingdom (UK) dan Itali dengan lebih 36,000 dan 32,000 kes.

Perancis dan Sepanyol masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes manakala Brazil merekodkan 19,000 kes kematian.

Related posts

Leave a Comment