AS kekal kes tertinggi

JUMLAH keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 4.42 juta kes di seluruh dunia berikutan pertambahan 90,000 kes manakala kematian meningkat 8,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah korban melebihi 301,000..

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan peningkatan kes dan kematian iaitu 1.41 juta kes sementara kematian pula 85,581 .

Empat negara kini merekodkan angka jangkitan melebihi 200,000 iaitu Rusia sebanyak 252,245, United Kingdom (UK) 234,432 , Sepanyol  229,540 dan Itali 223,096

Manakala, lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 adalah Brazil yang merekodkan 197,838, Perancis. 178,994, Jerman 174,478, Turki 144,749 dan Iran 114,533.

China pula mencatatkan 84,025 kes, India 81,997 dan Peru 80,604.

Sementara angka korban pula, United Kingdom merekodkan 33,693 kes,  Itali 31,368, Perancis 27,428 dan Sepanyol 27,321 dan Brazil 13,618.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.57 juta kes.

Setakat ini 188 buah negara mempunyai kes pandemik tersebut.

Related posts

Leave a Comment