Kes positif kini 3.5 juta

SETAKAT pagi ini, 4 Mei, kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada  3.5 juta orang sementara kematian yang direkodkan 247,000.

Data Johns Hopkins University menunjukkan sembilan negara mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini manakala lima negara mencatatkan lebih 20,000 kes maut manakala selebihnya merekodkan angka kematian bawah 8,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif 1.15 juta manakala kematian tertinggi dengan merekodkan lebih 67,000 kematian.

Sepanyol merekodkan 216,000 kes dengan 24,000 kematian, Itali 210,000 kes dengan kematian menghampiri 29,000 kes, United Kingdom (UK) 187,000 dan 28,446 kematian, dan Perancis 168,000 kes dengan 25,000 kematian.

Sementara itu Jerman menjadi negara keenam tertinggi merekodkan kes positif dengan 165,000 dan Rusia kini mengatasi Turki selepas merekodkan peningkatan mendadak dengan 134,000 kes.

Manakala Turki dan Brazil masing-masing merekodkan kes positif 126,000 dan 101,000 kes.

Related posts

Leave a Comment