Pesakit pulih ‘rehat’ di kapal

PEKERJA asing di SINGAPURA yang pulih  daripada jangkitan Covid-19 dipindahKan ke kapal persiaran – SuperStar Gemini, sebagai alternatif untuk mengurangkan penularan virus di asrama mereka.

Menurut laman Facebook Lembaga Pelancongan Singapura (STB) semalam, 1 Mei,

kumpulan pekerja pertama menaiki kapal itu di Marina Bay Cruise Centre pada Rabu lalu.

Sebuah kapal lagi, SuperStar Aquarius juga telah lulus penilaian pihak berkuasa dan bersedia untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara bagi pekerja asing yang telah pulih.

STB menyatakan beberapa penilaian turut diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja asing itu seperti sistem pengudaraan kapal, makan di dalam kabin dan bilik dilengkapi tandas.

Sebelum ini, STB mengatakan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan dua kapal persiaran bersaiz sederhana, sebagai tempat tinggal sementara pekerja asing.

Kedua-dua kapal itu mampu menampung sehingga 2,000 pekerja asing.

Untuk rekod, sehingga Khamis lalu, sebanyak 16,169 pekerja asing di asrama menguasai jumlah keseluruhan kes Covid-19 iaitu kira-kira 85 peratus atau 13,842 kes.

Related posts

Leave a Comment