3.1 juta kes, 216,800 maut

ANGKA kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia mencatatkan peningkatan 6,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes 216,808.

Menurut statistik Johns Hopkins University, lima negara mempunyai kes maut melebihi 20,000 iaitu Amerika Syarikat (AS), Itali, Sepanyol, Perancis dan United Kingdom ( UK)

AS  mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 50,000 kematian.

Itali mencatatkan pertambahan 382 kematian dengan jumlah korban kini merekodkan 27,359.

Sementara itu, Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan pertambahan kematian dengan keseluruhan kedua negara merekodkan kematian melebihi 47,483.

United Kingdom (UK) menjadi negara kelima tertinggi merekodkan jumlah kematian dengan 21,678 iaitu pertambahan 586 kes.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 7,000.

Berbanding jumlah kes, sebanyak 3.1 juta kes dilaporkan di mana AS mencatatkan lebih satu juta kes diikuti Sepanyol mempunyai 232,128 kes, Itali 201,505, Perancis 169,052, UK 162,350, Jerman 159,735 dan Turki 114,653.

Sementara China, negara di mana wabak itu bermula, melaporkan jumlah kurang dari 84,000 kes.

Related posts

Leave a Comment