AS terus catat peningkatan

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 2.9 juta orang setakat awal pagi ini meningkat lebih 95,000 kes dalam tempoh 24 jam manakala kematian terus meningkat hampir 7,000 menjadikan jumlah 202,000.

Data Johns Hopkins University menunjukkan tujuh negara mempunyai angka kes positif melebihi 100,000 manakala sebanyak empat negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini menghampiri sejuta orang. dan jumlah korban telah mencecah 53,000.

Sepanyol telah mengatasi Itali apabila mencatatkan pertambahan kes positif yang kini berjumlah 223,000 berbanding Itali 195,000 kes.

Bagiamanapun kematian di Sepanyol hampir 23,000 berbanding Itali dengan jumlah kumulatif melebihi 26,000 kematian.

Perancis negara keempat tertinggi dengan hampir 160,000 kes positif serta 22,000 kematian. United Kingdom pula merekodkan 149,000 kes dengan lebih 20,000 kematian.

Jerman dan Turki turut mencatatkan angka positif melebihi 100,000, masing-masing pada 156,000 dan  107,000 kes.

Jumlah pesakit Covid-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 813,000 di seluruh dunia.

Related posts

Leave a Comment