ARAB Saudi mengesahkan 1,132 kes baharu dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 8,274 manakala lima kematian meningkat kepada 92 termasuk lima kematian baharu.
Makkah mendahului kawasan lain dengan catatan 315 kes diikuti Jeddah 236, Riyadh 225 dan Madinah 186.
Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, kematian melibatkan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun manakala empat lagi bukan warga Saudi yang berumur antara 45 hingga 80 tahun.
Minggu lepas, Arab Saudi merekodkan kira-kira 500 kes baharu setiap 24 jam dan sejak itu angka tersebut terus meningkat.
Peningkatan kes itu berikutan langkah kerajaan menjalankan ujian pemeriksaan secara intensif terutama di kawasan kepadatan penduduk yang tinggi terutama menempatkan kediaman golongan pekerja.