Kerajaan PH Perak tumbang

PERAK akhirnya mempunyai kerajaan baharu apabila Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri itu, negeri ketiga selepas Johor dan Melaka.

PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak menerusi gabungan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu 25 ADUN UMNO, empat Bersatu dan tiga Pas.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Empat  ADUN Bersatu adalah , Faizal (Chenderiang) dan ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi serta dua lagi ADUN yang menyertai Bersatu iaitu ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Berikutan perkembangan itu, DAP kini mempunyai 18 ADUN, Parti Amanah Negara (Amanah) enam, manakala PKR (tiga).

Ahmad Faizal berkata, gabungan itu akan membentuk kerajaan negeri yang stabil dan mampu menjalin kerjasama erat dengan kerajaan PN pada peringkat Persekutuan, bagi meneruskan agenda pembangunan dan membela rakyat.

Sementara itu, Saarani berkata, UMNO, Pas, Bersatu akan mencadangkan beberapa nama sebagai Menteri Besar Perak kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Related posts

Leave a Comment