Sekat pelawat tiga negara

PUTRAJAYA: Malaysia turut mengambil langkah menyekat sementara pelawat dari tiga negara, berkuat kuasa serta merta berikutan penularan wabak Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sekatan itu membabitkan pelawat dari bandar dan negara Jepun (Hokkaido); Itali (Lombardy, Veneto dan Emilia-Romagna) serta Iran (Tehran, Qom dan Gilan). Pelawat yang mempunyai sejarah perjalanan ke bandar dan negara berkenaan dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan di Malaysia tidak dibenarkan memasuki negara ini. “Mengambil kira status semasa penularan COVID-19 yang kini memasuki gelombang kedua, kerajaan memutuskan supaya rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke…

Read More

Semoga ‘sejarah’ Utusan tidak dilelong

UTUSAN Melayu sama ada syarikat atau surat khabar kini tinggal sejarah. Akhbar Utusan Melayu (jawi) sudah lama meninggalkan kita manakala sebagai syarikat pula sudah dikuburkan. Utusan Melayu ‘rumi’ iaitu Utusan Malaysia sudah dijual permit penerbitannya. Begitu juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo Ahad! juga sudah dijual seluruhnya. Tidak ada apa lagi yang tinggal untuk ‘Melayu’ malahan majoriti pekerja Melayu pula kehilangan kerja. Amat sedih, dalam usia 80 tahun, lebih 1,600 bekas pekerjanya bergelut dengan gaji tertunggak, pampasan pemberhentian dan bayaran VSS yang sepatutnya telah selesai. Terlalu banyak sejarah untuk diceritakan.…

Read More

Dulu kamera buru rezeki, kini…

D’UTUSAN BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL APA Khabar rakan-rakan jurufoto yang pernah bersama Utusan? Pastinya pelbagai cerita kehidupan yang sedang dilalui. Semoga semuanya tabah menghadapi dugaan ini. Syabas dan tahniah kepada para sahabat jurufoto yang melakukan pelbagai usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga usaha dan kegigihan anda semua mendapat kejayaan. Terima kasih kepada Bernama yang menyingkap kehidupan rakan-rakan yang pernah bersama turun ke gelanggang merakamkan pelbagai detik peristiwa. Oleh Mazlan Samion KUALA LUMPUR (Bernama) — Sejak syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua negara ini, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menamatkan…

Read More