Covid-19 : Lebih 7 juta disaring

SEHINGGA 23 Februari 2020, seramai 7,617,964 telah disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 27 orang telah dirujuk ke hospital dan dua (2) kes telah disahkan positif COVID-19 iaitu kes ke-20 dan kes ke-22 setelah dikesan demam melalui thermal scanner semasa saringan di PMA.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap wabak atau kejadian penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan berkesan dan baik di semua peringkat termasuk di PMA Negara.

Sementara itu sehingga 25 Februari 2020, jumlah kumulatif kes positif Penyakit Coronavirus 2019 (Covid-19) yang dilaporkan di Malaysia kekal sebanyak 22 kes.

Daripada jumlah ini, seramai 20 orang pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad. Manakala dua orang, iaitu kes ke-16 dan kes ke-22, masih dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil.

Jumlah Patient-under-investigation (PUI) yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), KKM sehingga 25 Februari 2020 adalah sebanyak 796 kes.

Related posts

Leave a Comment