Pelantikan menteri PH batal

KETUA Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenalkan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH. “(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri.” “Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama,” kata beliau pada suatu kenyataan hari ini. Sebelum itu Mohd Zuki mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr…

Read More

Tun PM Interim

DR. Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai Perdana Menteri Interim meletak  jawatan sebagai perdana menteri ketujuh hari ini dan surat kepada Yang di-Pertuan Agong dihantar pada 1 tengah hari. Dr Mahathir turut meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini. Bersatu juga telah keluar daripada gabungan PH. Negarawan berusia 94 tahun itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara pada 10 Mei, 2018, selepas menerajui Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan apa yang beliau gelar sebagai kerajaan kleptokratik.

Read More

“What happens when a PM resigns”

1. What happens with the resignation letter from the Prime Minister to the King? The King has to either accept or decline the resignation letter from the Prime Minister. 2. What happens when the Prime Minister resigns? The Cabinet is dissolved immediately as the Prime Minister and the Cabinet are a collective responsibility. The Yang di-Pertuan Agong has to appoint a new PM – be he a permanent or a caretaker. There is no timeframe for the King to do so. The King can choose a clear-cut leader from the…

Read More

Perjalanan kejatuhan PH

Pemimpin anggota parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-7 dan sebagai Pengerusi Bersatu. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu bersama 26 anggota Parlimennya keluar PH. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengumumkan PKR memecat atimbalan Presiden, Azmin Ali dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin. Azmin Ali mengisytiharkan beliau serta Zuraida dan sembilan anggota Parlimen…

Read More

Penularan keluar dari China

WABAK koronavirus Covid-19 semakin menular keluar dari Tanah Besar China  apabila kes yang dicatatkan di serata dunia terus meningkat sama ada pesakit yang didapati positif atau meninggal dunia. Di Korea Selatan,  jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan sebanyak 161 kes menjadikan jumlahnya mencecah lebih 600 kes. Dua lagi disahkan meninggal dunia. Angka di Korea Selatan itu merupakan yang kedua tertinggi selepas China yang kini mencatatkan 2,445 kematian dan 77,050 kes. Di Baitulmaqdis, Israel mengesahkan kes jangkitan keduanya semalam – rakyat kedua yang pulang dari kapal pesiaran Diamond Princess. Kedua-dua pesakit itu…

Read More

Mana satu, pintu belakang atau bubar?

KECOH mengenai pembentukan kerajaan baharu. Sejak awal pagi semalam timbul pelbagai spekulasi mengenai kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Pada sebelah petang, pemimpin lin utama parti politik termasuk dari Sabah dan Sarawak berada di Kuala Lumpur. Mesyuarat parti diadakan, melibatkan Bersatu, UMNO, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kumpulan diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Terlalu banyak khabar angin yang membawa macam-macam cerita. Ada yang berkata, beberapa menteri sedang mengemas bilik, kerajaan baharu dibentuk tanpa DAP, PKR dan Amanah. Pelbagai senarai Kabinet yang tidak masuk akal dan melucukan…

Read More