Pelantikan menteri PH batal

KETUA Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenalkan untuk membatalkan pelantikan menteri-menteri PH.

“(Ia) sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020 selaras dengan peletakan jawatan perdana menteri.”

“Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama,” kata beliau pada suatu kenyataan hari ini.

Sebelum itu Mohd Zuki mengesahkan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Ini selepas Dr Mahathir meluangkan kira-kira sejam setengah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

(Pelantikan anggota Kabinet PH dibuat pada Julai 2018)

Related posts

Leave a Comment