Tiada kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA : Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sebaliknya satu kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini ( 17 Februari 2020) Pesakit yang sembuh itu adalah kes ke9, melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun, yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan sehingga hari ini KEKAL sebanyak 22 kes dimana hanya 13 kes yang masih dirawat di wad. Daripada 22 kes yang dilaporkan: 12 kes dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), lapan dalam kalangan…

Read More

Setahun sesudah air mata warkah Wak Ibas

APABILA terbaca laporan mengenai wakil rakyat Sabak ‘mengambus’ dirinya dengan padi, saya teringat kisah lampau bermain longgokan padi yang dijemur di atas jalan raya di tepi bendang Kampung Terus, Penanti. Emak dan ayah akan menegur kerana bimbang miang. Jerami padi yang dikumpul juga menjadi tempat bermain sementara menunggu dihumban ke dalam lori untuk dijual. Miang tetapi seronok. Saya tidak pasti bagaimana keadaan apabila dikambus dengan padi. Miang juga rasanya. Biar pun miang, gimik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman secara simbolik telah menyampaikan mesejnya kepada barisan kepemimpinan…

Read More

Covid-19 : Lebih 1,700 maut

BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak Covid-19 di China mencecah 1,765 orang pada harii ini  (Isnin 17 Februari) dengan wilayah Hubei, mencatatkan 100 lagi kematian serta lebih 1,900 kes baharu. Secara keseluruhan, dianggarkan setakat pagi ini lebih 70,000 orang telah disahkan dijangkiti virus ini. Sesetengah laporan menyebut 70,400 dan ada juga yang melaporkan angka mencecah lebih 71,000. Suruhanjaya kesihatan Hubei berkata jumlah kes di wilayah itu telah mencapai 58,182 pada Ahad, dengan sejumlah 1,696 kematian. Jumlah kes baharu meningkat hampir 5 peratus daripada hari sebelumnya, tetapi jumlah kematian turun daripada 139…

Read More