Tiada kes baharu di Malaysia

PUTRAJAYA : Tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sebaliknya satu kes telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang hari ini ( 17 Februari 2020)

Pesakit yang sembuh itu adalah kes ke9, melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun, yang sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan sehingga hari ini KEKAL sebanyak 22 kes dimana hanya 13 kes yang masih dirawat di wad.

Daripada 22 kes yang dilaporkan: 12 kes dalam kalangan kes Patient-Under-Investigation (PUI), lapan dalam kalangan kontak rapat dan dua dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Menurut kenyataan itu lagi, 15 kes melibatkan warganegara China, enam warganegara Malaysia dan seorang warganegara Amerika Syarikat,

“Daripada 22 kes positif yang dikesan di Malaysia, sembilan kes telah discaj daripada wad. Mereka telah menjalani ujian pengesanan ulangan Covid-

19 dan didapati negatif sebanyak dua kali berturut-turut,” kata kenyataan itu.

Related posts

Leave a Comment