Amaran Dr. Li berakhir

SEORANG doktor di Wuhan, China, yang merupakan antara mereka yang terawal bercakap mengenai koronavirus sebagai ancaman awam, meninggal dunia setelah dijangkiti virus tersebut. Pada 30 Disember, Dr Li Wenliang, 34 tahun, sebelum ini memberi amaran kepada rakan-rakannya dalam aplikasi mesej WeChat supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya. Katanya, tujuh individu yang makan di pasar itu telah jatuh sakit dan didiagnosis dengan penyakit pernafasan yang serius serta dikuarantin di hospital tempat dia bekerja. Dr Li memberitahu rakan-rakannya, ujian yang dilakukan menunjukkan pesakit dijangkiti sejenis virus yang…

Read More

Semoga tidak gempar

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Diharapkan berita ini tidak mencetuskan ketakutan, kegemparan atau kebimbangan dalam kalangan rakyat berikutan wabak Coronavirus. Berita yang dimaksudkan adalah laporan berkaitan lelaki berusia 41 tahun yang disahkan menjadi warga Malaysia pertama menghidap coronavirus. Lebih mencetuskan kerisauan kerana dia didakwa mempunyai kontak dengan tidak kurang dari 100 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Lelaki itu sebelum ini menghadiri mesyuarat di Singapura dan menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lelaki itu telah bertemu dengan delegasi dari China,…

Read More

Empat kes baharu di Singapura

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan empat kes baharu termasuk bayi berusia enam bulan di negara itu yang menjadikan jumlah kes 28. Daripada empat kes itu, tiga dikaitkan dengan kluster jangkitan tempatan seperti yang diumumkan semalam manakala satu lagi adalah kes dari luar membabitkan seorang pelancong China dari Wuhan. Bayi  itu adalah anak kepada satu satu mangsa kes jangkitan tempatan baharu iaitu seorang lelaki rakyat Singapura berusia 45 tahun iaitu suami pesakit kes semalam, yang merupakan penduduk tetap Singapura. Bayi lelaki itu kini dirawat dalam bilik pengasingan di Hospital…

Read More