Semoga tidak gempar

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Diharapkan berita ini tidak mencetuskan ketakutan, kegemparan atau kebimbangan dalam kalangan rakyat berikutan wabak Coronavirus.

Berita yang dimaksudkan adalah laporan berkaitan lelaki berusia 41 tahun yang disahkan menjadi warga Malaysia pertama menghidap coronavirus.

Lebih mencetuskan kerisauan kerana dia didakwa mempunyai kontak dengan tidak kurang dari 100 orang sepanjang membuat perjalanan di Malaysia dalam tempoh sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Lelaki itu sebelum ini menghadiri mesyuarat di Singapura dan menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lelaki itu telah bertemu dengan delegasi dari China, malah ada di antaranya datang dari Wuhan.

Pesakit itu kemudian dikatakan telah ke Sungai Petani dan Kelantan bersama isterinya semasa cuti Tahun Baharu Cina, dan dalam masa yang sama menunjukkan gejala-gejala berkemungkinan dijangkiti koronavirus, lapor Sin Chew Daily.

Disebabkan gejala yang ditunjukkan pada masa itu hanyalah seperti selesema biasa selepas dia mengalami demam dan batuk, dia hanya pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan pada 23 Januari lalu.

Selepas itu, lelaki berkenaan merayakan Tahun Baharu Cina dengan keluarganya di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah. Mereka juga mengambil gambar keluarga bersama-sama.

Dia kemudian ke Kelantan untuk melawat keluarga sebelah isterinya, sebelum kembali ke Sungai Petani untuk menghadiri majlis ‘reunion’ dengan rakan-rakannya.

Related posts

Leave a Comment