Empat kes baharu di Singapura

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan empat kes baharu termasuk bayi berusia enam bulan di negara itu yang menjadikan jumlah kes 28.

Daripada empat kes itu, tiga dikaitkan dengan kluster jangkitan tempatan seperti yang diumumkan semalam manakala satu lagi adalah kes dari luar membabitkan seorang pelancong China dari Wuhan.

Bayi  itu adalah anak kepada satu satu mangsa kes jangkitan tempatan baharu iaitu seorang lelaki rakyat Singapura berusia 45 tahun iaitu suami pesakit kes semalam, yang merupakan penduduk tetap Singapura.

Bayi lelaki itu kini dirawat dalam bilik pengasingan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Hubei melaporkan 70 lagi mangsa Coronovirus meninggal dunia menjadikan jumlah kematian di negara itu setakat pagi ini meningkat kepada 563 orang.

Bagaimanapun jumlah kematian di luar China masih kekal dua orang sementara jumlah kes 28,276 sementara negara terlibat 28.

Beberapa negara lain yang turut mencatat kes baru termasuklah 10 kes di Jepun yang melibatkan sebuah kapal pesiaran dan empat kes di Korea Selatan.

Related posts

Leave a Comment