Komuter utara ditambah

KUALA LUMPUR: Berikutan sambutan yang menggalakkan serta permintaan yang tinggi, tren komuter sektor utara menambah enam lagi perkhidmatan mulai hari ini. 2 Februari .

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memberitahu, penambahan itu menjadikan jumlah perkhidmatan meningkat kepada 34 berbanding 28 sebekum ini.

Perkhidmatan setiap hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, itu melibatkan laluan  antara Butterworth, Pulau Pinang dan Padang Besar, Perlis.

Komuter sektor utara mula diperkenalkan  pada tahun 2015 yang merekodkan purata 500 penumpang sehari. Kini jumlah iitu melonjak sehingga kira-kira 17,500 penumpang sehari .

Tahun lalu sahaja, sejumlah 6,373,646 penumpang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Enam perkhidmatan tren itu membabitkan operasi pada waktu puncak antara pukul 3.55 petang dan 8.25 malam dan KTM Komuter beroperasi bermula pukul  5.25 pagi dan tamat pada pukul 9.25 malam setiap hari.

Penumpang boleh merujuk jadual waktu terkini di stesen berhampiran dan melalui laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.myatau menerusi aplikasi MyRailtime.

Related posts

Leave a Comment