Wabak influenza meningkat

15 JAN. 2020: KES wabak influenza melibatkan  sekolah mencatatkan peningkatan di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan. Di PULAU PINANG,  161 pelajar membabitkan 77 sekolah rendah dan menengah dijangkiti wabak berkenaan hari ini, berbanding 142 orang di 70 sekolah semalam.  Daripada  jumlah itu, sembilan pelajar sedang menerima rawatan di hospital. Di PERAK,  57 pelajar dijangkiti influenza berbanding 37 semalam. Ia melibatkan 34 sekolah di lima daerah iaitu Manjung, Kinta, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk dan Perak Tengah. Di NEGERI SEMBILAN, jangkitan influenza turut merekodkan peningkatan kes kepada 22 berbanding 11…

Read More