Raikan kesedaran beli produk Muslim

PABILA kempen beli produk Muslim ‘diterbalik dan dihitamkan’ sebagai boikot produk bukan Muslim, maka bertungkus lumus pihak kerajaan, lebih tepat Kabinet ‘campur tangan’. Kabinet bincang dalam mesyuarat dan mengeluarkan kenyataan menolak usaha yang bertujuan menyokong barangan keluaran Muslim. Kabinet dan anggotanya berhempas pulas ‘menolak’ kempen yang diterjemahkan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Mereka muncul dengan pelbagai hujah bagi meyakinkan masyarakat supaya tidak memboikot produk bukan Muslim. (Nota: Pelik kenapa mereka ini menggunakan istilah boikot, bukan kempen). Sekonyong-konyong (tahu tak maksudnya), mereka juga bercakap mengenai Kempen Beli Barangan Malaysia…

Read More