Protes harga tidak semudah enggan membeli, tidak menonton

HASRAT Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.3 juta penjawat awam mahu melakukan protes senyap mendapat sokongan banyak pihak. Ini termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili pekerja sektor swasta serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Protes senyap itu dijadualkan mulai November (esok) bagi menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga barangan terutama ayam. Reaksi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob pula ialah rakyat boleh memboikot barangan tertentu yang dinaikkan pada harga tidak munasabah bagi menangani sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab serta ingin…

Read More

Raikan kesedaran beli produk Muslim

PABILA kempen beli produk Muslim ‘diterbalik dan dihitamkan’ sebagai boikot produk bukan Muslim, maka bertungkus lumus pihak kerajaan, lebih tepat Kabinet ‘campur tangan’. Kabinet bincang dalam mesyuarat dan mengeluarkan kenyataan menolak usaha yang bertujuan menyokong barangan keluaran Muslim. Kabinet dan anggotanya berhempas pulas ‘menolak’ kempen yang diterjemahkan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Mereka muncul dengan pelbagai hujah bagi meyakinkan masyarakat supaya tidak memboikot produk bukan Muslim. (Nota: Pelik kenapa mereka ini menggunakan istilah boikot, bukan kempen). Sekonyong-konyong (tahu tak maksudnya), mereka juga bercakap mengenai Kempen Beli Barangan Malaysia…

Read More

Produk Muslim : Kempen, Boikot atau Sabotaj?

SEMALAM berpeluang mengunjungi hari terakhir Minggu Usahawan Nasional (MUN) di Serdang. Secara ringkas, MUN menghimpunkan lebih 3,000 usahawan tempatan. Apa yang dapat dilihat, rata-rata yang mengambil bahagian adalah bumiputera atau orang Melayu Islam. Begitu juga pengunjung, kebanyakannya muka Melayu. Mungkin kerana tumpuan utama MUN 2019 adalah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Kebanyakan di daerah adalah pengusaha industri kecil Melayu. Program ini memberi fokus kepada usahawan SDSI dari seluruh negara merangkumi lima kluster utama iaitu makanan dan minuman, inovasi, inap desa, kraf tangan serta kesihatan dan penjagaan diri. Tidak sempat…

Read More

Maghrib

01 SEPTEMBER 2019 : HIJRAH UTUSAN SELAMAT HARI LAHIR UTUSAN MALAYSIA ALHAMDULILLAH, hari ini, 1 September 2019, Utusan Malaysia genap 52 tahun usia keluarannya. Syukurlah Utusan Malaysia yang diterbitkan mulai 1 September 1967 masih wujud. Ketika tersebar berita akhbar ini bakal ditalkinkan, ramai terutama warga kerja dan mereka yang pernah bersama Utusan gelisah dan kecewa. Mereka tidak boleh menerima Utusan pergi begitu sahaja. Namun hari ini, Utusan Malaysia terus ‘bernafas’ walaupun ibu kandungnya Utusan Melayu (jawi) yang dilahirkan pada 29 Mei 1939 telah lama pergi meninggalkan kita. Terima kasih kepada…

Read More