SEJARAH tercipta apabila Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas bermula hari ini. Selama 20 hari bersidang sehingga 16 Ogos, banyak sejarah akan tercatat. Paling utama sudah tentulah perubahan selepas enam dekad. Selama 60 tahun Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) memerintah, kali ini Pakatan Harapan (PH) pula membentuk kerajaan. Jika dulu di Dewan Rakyat, BN berada di sebelah kanan, kini beralih kepada kedudukan kiri. Begitu juga sebaliknya. Pakatan yang menggabungkan DAP, PKR, PPBM dan Amanah berjaya menyingkirkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) pada 9…
Read MoreYear: 2018
Bersyukurlah dipilih, istiqamah di Haramain
SELAMAT berangkat menunaikan ibadah haji kepada 30,200 jemaah yang bakal ‘terbang’ secara berperingkat mulai Sabtu ini sehinggalah penerbangan terakhir pada 15 Ogos. Syukurlah, mereka ini adalah antara lebih 1.5 juta yang bertuah kerana terpilih, yang sebahagian besarnya telah lama menunggu giliran. Sebahagian besarnya sudah tentu kali pertama sementara yang lain mungkin juga kali kedua atau ketiga. Menjelang keberangkatan itu, bakal jemaah telah dibekalkan dengan pelbagai amalan yang perlu dilakukan ketika berada di Mekah dan Madinah. Diharapkan semua urusan berkaitan sama ada di negara ini dan di Arab Saudi dapat berjalan…
Read MoreMana mungkin 9 Mei tersungkur, 9 Julai bangkit
MINGGU lalu Selak memperkatakan tentang isu keluar masuk parti yang diibaratkan seperti pokok tumbang beruk pun lari. Memang benarlah apabila dahan jatuh ke bumi malahan pokok pula tumbang, bagaimana beruk mahu bergayut? Larilah mencari pokok baharu jika tidak sanggup bermain di tanah sementara menanti tunas baharu muncul. Ada ketikanya pokok yang tumbang masih mampu hidup sekira-nya mendapat ‘baja’ secukupnya. Tunas-tunas baharu akan muncul. Itu cerita pokok dan beruk. Bukan manusia. Bagi manusia, pokok tumbang akan dibersihkan jika ia mengganggu rumah atau laluan. Kayunya boleh dijadikan kayu api untuk memasak atau…
Read MoreBiarkanlah mereka pergi membawa diri
KELUAR masuk atau lompat melompat dalam politik adalah satu perkara biasa. Banyak alasan boleh diberikan bagi mewajarkan tindakan seumpama itu. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, keputusan itu juga sedikit sebanyak berkait rapat dengan situasi semasa. Ada yang melakukan tindakan itu ketika terasa hilang tempat berpaut. Dahan untuk bergantung sudah patah. Ada juga yang berkata puak ini mengharapkan oksigen demi kelangsungan hidup atau mencari talian hayat baharu. Tidak kurang juga yang menggelarkan orang seperti ini umpama beruk. Kata mereka, pokok tumbang beruk pun lari. Tidak kisahlah apa juga yang diperkatakan orang tetapi…
Read MoreBertanding secara ikhlas, jujur pulihkan parti
BERKUNJUNG ke rumah terbuka semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, cerita mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih hangat dibincangkan. Topik panas sudah tentulah berkaitan kerajaan baharu Pakatan Harapan dan juga bagaimana Barisan Nasional (BN) dimalukan dan tewas teruk. Mengenai BN, mereka tidak hairan jika MCA, MIC dan Gerakan terus tersungkur tetapi yang mengejutkan apabila UMNO turut kecundang. Walaupun masih mampu memiliki 54 kerusi selepas kehilangan lebih 30 kerusi, ternyata UMNO yang begitu gah dengan jumlah anggota parti mengalami kemerosotan yang amat ketara. Di Semenanjung, BN hanya bergantung harap kepada…
Read MoreRamadan ditinggalkan, Syawal pula menggamit
HARI ini, hari ke-26 umat Islam di Malaysia berpuasa. Berbaki tiga hari lagi untuk menyelesaikan sebulan berpuasa. Sebulan juga Pakatan Harapan membentuk kerajaan dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ke-7. Minggu terakhir Ramadan adalah satu tempoh yang sibuk. Pelbagai kesibukan dapat dilihat sama ada di bandar atau desa. Ada yang sibuk membuat persiapan untuk berhari raya di kampung halaman masing- masing. Hari ini dan hari-hari seterusnya, warga Kuala Lumpur akan beransur-ansur meninggalkan ibu negara. Berapa ramai dalam kalangan warga kota yang tergolong sebagai orang yang tidak berminat pulang ke…
Read MoreMencari nakhoda baharu penyelamat bahtera UMNO
DAKWAT yang ‘mengotori’ kuku di jari telunjuk pada 9 Mei lalu semakin pudar. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah hilang kesan itu sepenuhnya selepas menggunakan kaedah tertentu. Jika dibiarkan begitu sahaja, selepas sebulan mungkin kesannya akan terpadam dengan sendiri. Itu kesan dakwat di jari, masih boleh dibiarkan hilang beransur-ansur sekalipun tidak dicuci dengan bahan pencuci. Bagaimana pula jika kesan setitik nila di dalam susu? Apakah kaedah mencucinya? Sudah tentu susu itu rosak dan pilihan yang ada terpaksa dibuang awal-awal lagi dan mencari yang baharu. Tidak perlu meratap dengan ‘kerosakan…
Read MoreSektor Pertanian ‘Antara Dua Ramadan’
APABILA Salahuddin Ayub melangkah masuk ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23 Mei lalu, penulis terkenangkan peristiwa yang sama pada 12 Mei 1986, kebetulan juga pada bulan Ramadan. Ketika itu Sanusi Junid (Allahyarham) memulakan tugasnya sebagai Menteri Pertanian. Selak mengalu-ngalukan kehadiran Salahuddin di kementerian berkenaan. Semoga sumbangannya kepada kementerian itu dapat dimanfaatkan. Hadirlah dengan idea-idea yang dapat meningkatkan lagi sektor ini. Tidak dinafikan, beberapa menteri yang menerajui kementerian ini sejak beberapa tahun lalu telah menunjukkan kesungguhan dan mencapai kejayaan yang baik. Mereka termasuklah Muhyiddin Yassin, Mustapa Mohamed, Noh…
Read MoreKerbau
Ubah, berubah, demi kelangsungan politik
UBAH, berubah dan perubahan. Begitulah hasil Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Rakyat telah mengambil keputusan untuk menyahut seruan ubah yang digerakkan oleh parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Harapan (PH). Akibatnya kedudukan Barisan Nasional (BN) berubah. Keyakinan berubah menjadi kekecewaan yang amat pahit ditelan dan sukar dipercayai. Perubahan besar melanda sehingga ‘kapal’ BN kini senget dan hampir tenggelam. Siapa sangka BN gagal meneruskan pentadbirannya di Putrajaya walaupun wakilnya memenangi kerusi Putrajaya. Berbanding Pas yang sudah biasa dengan kalah menang, UMNO atau BN tidak pernah merasai kekalahan seumpama ini.…
Read More