Kita Punya Malaysia, kibarkan Jalur Gemilang

EMPAT bulan lalu, di mana- mana sahaja di seluruh negara, kita dapat melihat pelbagai bendera berkibaran. Tanpa disuruh, seluruh pelosok negara berkibaran dengan bendera, semuanya kerana kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan Mei lalu. Di tepi jalan, di atas pokok, di kenderaan, lebuh raya, jambatan dan bangunan tertentu kelihatan bendera parti politik khususnya Barisan Nasional (BN), PKR, Pas dan beberapa parti lain berkibaran. Begitulah kemeriahan mengibarkan bendera sempena PRU yang datang empat atau lima tahun sekali. Ketika ini juga di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seri Setia…

Read More

100 hari selepas ‘mereka’ berjaya dan kecundang

PERSIDANGAN Dewan Rakyat berakhir pada Khamis lalu. Tidak keterlaluan jika dikatakan, sebagai permulaan, persidangan itu boleh dianggap berjaya. Walaupun terdapat beberapa insiden serta permohonan maaf di sana sini, masih ada ruang untuk diperbaiki. Tidak banyak yang boleh dilakukan dalam tempoh tidak sampai 100 hari. Seperti yang pernah ditulis dua minggu lalu, banyak soalan yang ditanya dan dijawab di Dewan Rakyat kebanyakannya masih bergantung kepada dasar-dasar yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Apa pun, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) berjaya meminda atau menghapuskan beberapa keputusan yang telah dibuat oleh…

Read More

Selepas 61 tahun, perpaduan semakin ampuh atau rapuh?

TIDAK sampai tiga minggu, kita akan menyambut Hari Kebangsaan 2018, menandakan 61 tahun negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Dalam tempoh ini, Malaysia telah menempuh pelbagai rintangan dan kejayaan. Tidak banyak laluan sukar yang dihadapi kecuali diuji dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa yang masih terpahat dalam ingatan terutama dalam kalangan mereka yang sudah menjangkau usia emas itu banyak mengajar erti perpaduan. Pengajaran tragedi seumpama itu perlu diselak kembali untuk dijadikan panduan. Sejarah hitam itu perlu menjadi iktibar bagi mengelakkan negara kacau bilau dan musnah akibat sengketa…

Read More

‘Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula’

BUKANLAH berita yang me­ngejutkan apabila Pakatan­ Harapan (PH) mengekalkan­ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor kelmarin. Melalui calonnya dari PKR, keputusan pilihan raya ke­ cil (PRK) itu memihak kepada PH walaupun peratusan keluar me­ngundi rendah iaitu 49.8 pera­ tus. Pelbagai pandangan­ diberi mengenai keputusan itu. Masing-masing  membuat  kesimpulan berdasarkan  kedudukan  parti sama ada sebagai parti pemerin­tah atau pembangkang. PH mengaku rakyat terus me­nyokong kerajaan dan BN pula mendakwa pengundi sedang menunjukkan tanda protes ter­hadap PH. Mereka yang di luar politik juga membuat analisis sendiri. Adakah jika peratusan keluar…

Read More