Menukar sejarah ‘masuk keluar masuk’ di Permatang Pauh

SEPULUH hari yang ‘panas’. Itu episod ketiga Pilihan Raya Umum Ke-14. Episod pertama parti politik mengumumkan calon diikuti episod kedua penamaan calon sudah tamat. Sekarang memasuki tempoh berkempen sehingga episod keempat, hari pengundian mengambil tempat pada 9 Mei ini. Sah, 687 calon akan bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 1,646 calon di 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Hari penamaan calon Sabtu lalu diwarnai pelbagai cerita menarik, bukan sekadar warna biru tua, biru muda dan hijau tetapi cerita suka duka, lucu dan menyedihkan. Tugas untuk menamakan calon bukanlah mudah kerana…

Read More

Usah diperkecilkan kesungguhan Pas

SEMAKIN ‘panas’ suasana pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Di beberapa negeri, parti-parti politik termasuk komponen Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan PKR iaitu DAP, PKR dan PAN telah mengumumkan calon pilihan mereka. Gandingan muka baharu dan lama mewarnai pemilihan calon. Tidak kurang juga yang bertukar kerusi. Ada yang berpuas hati dan ada juga yang kecewa. Selepas ini akan kedengaranlah bilik gerakan ditutup, ada yang merajuk dan tidak kurang juga cuba membuat ugutan. Kerusi Parlimen hanya ada 222 tetapi yang layak dan berminat juga terlalu ramai. Jika ada yang…

Read More

‘Kilang fitnah’ semakin kreatif menjelang PRU

BAGI 14.9 juta pengundi, perjalanan menuju hari men-gundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih jauh. Masih ada tiga minggu mereka akan menggunakan kuasa untuk memilih kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang. Bagi orang politik pula, hari-hari yang berlalu terasa semakin suntuk menje­ lang hari penamaan calon pada 29 April ini. Masih ada yang melobi untuk menjadi calon. Pada masa yang sama, parti-parti politik sedang sibuk berkempen sambil memenuhi ruang-ruang kosong dengan bendera parti. Kali ini, jika tidak ada apa-apa perubahan seperti diselak minggu lalu, hanya tiga bendera parti politik…

Read More

Tersurat, tersirat DAP ‘tinggalkan roket’

DEBARAN mengenai pem­bubaran Parlimen sudah berakhir. Kini rakyat menunggu pengumuman bilakah tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Inilah dua tarikh pen­ting yang dinantikan oleh orang politik dan pengundi-pengundi. Berapa lama pula tempoh berkempen? Banyak pihak sudah menjangka tarikh penamaan calon dan hari pengundian tetapi keputusan muktamad terletak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sehingga semalam, SPR masih menunggu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Masih ada negeri kecuali Sarawak­ yang belum membubarkan DUN. Mungkin mengambil kira Sabtu dan Ahad sebagai cuti rehat. Diharapkan tidak timbul masalah…

Read More

Wahai orang politik, berhati-hati dengan perkataan, perbuatan

PAGI semalam, semasa kuliah Subuh di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra, penceramah, Ustaz Mohd. Nasir Mohd. Tap sempat mengingatkan jemaah supaya berhati-hati dengan kata-kata atau perkataan. Beberapa perkataan yang disebut termasuk ‘kalau, rahmat dan hikmah’. Walaupun ia bergantung kepada niat tetapi perlu disesuaikan juga dengan perbuatan atau tindakan seseorang. Contohnya ayat “di sebalik tindakannya melakukan sesuatu itu (yang tidak baik) ada hikmah atau rahmatnya,’’. Tanpa merujuk kepada mana-mana individu, beliau yang menyampaikan kuliah Perisai Bagi Sekalian Mukallaf juga bimbang dengan kecelaruan yang sedang berlaku di dalam masyarakat Islam…

Read More