‘Kilang fitnah’ semakin kreatif menjelang PRU

BAGI 14.9 juta pengundi, perjalanan menuju hari men-gundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih jauh. Masih ada tiga minggu mereka akan menggunakan kuasa untuk memilih kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang. Bagi orang politik pula, hari-hari yang berlalu terasa semakin suntuk menje­ lang hari penamaan calon pada 29 April ini. Masih ada yang melobi untuk menjadi calon. Pada masa yang sama, parti-parti politik sedang sibuk berkempen sambil memenuhi ruang-ruang kosong dengan bendera parti. Kali ini, jika tidak ada apa-apa perubahan seperti diselak minggu lalu, hanya tiga bendera parti politik utama akan mewarnai suasana kempen. Barisan Nasional (dacing), PKR
(mata) dan Pas (bulan).

Roket yang berwarna merah mencatat sejarah tersendiri apabila terpaksa dibalut dengan mata biru muda. Begitu juga bendera PAN. PPBM pula memang tidak boleh dikibarkan disebabkan pembubaran sementara. Bagaimana jika DAP, PAN dan PPBM berdegil mengibarkan bendera mereka? Situasi ini tidak mustahil. Ketika ini (sebelum hari penamaan calon) sesiapa sahaja boleh mengibarkan bendera mereka tetapi apabila tiba masa­nya nanti, mampukah mereka menghormati peraturan atau undang-undang pilihan raya? Provokasi dijangka berlaku. Seperti­ yang diselak minggu lalu, ada yang tersurat dan tersirat apabila DAP menolak ke tepi logo roket dan menggunakan mata. DAP ke-lihatan ‘menikus’ mengenai logo tetapi itulah pengorbanannya yang pasti ada muslihatnya.

Isu bendera parti dijangka memanaskan suasana kempen sekiranya bendera parti tertentu tidak boleh dikibarkan disebabkan tidak bertanding di satu-satu kawasan PRU. Tindakan membuang atau mencabut bendera sudah berlaku dan mungkin lebih banyak lagi selepas hari penamaan calon. Ini satu cabaran besar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menguatkuasakannya. Banyaklah laporan polis yang akan dibuat berkaitan bendera ini. Maka janganlah mencari pasal berhubung isu ini. Bagaimana pula dengan kempen PRU kali ini? Adakah akan berlangsung secara tertib dan beradab? Hasrat itu mungkin sukar dicapai. Ketika ini pun sudah ada unsur-unsur jahat menabur fitnah, biadab dan tidak sopan dalam mencari tempat di hati pengundi. Ketika kilang cetak sibuk mencetak pelbagai poster, bendera dan risalah parti politik berkaitan bahan kempen PRU, kilang fitnah juga tidak henti-henti ‘menjana’ kreativiti untuk melancarkan propaganda yang memberi mesej berunsur negatif atau sindiran dalam pelbagai bentuk sama ada dialog, gambar, kartun, lakaran dan pelbagai lagi semata-mata mahu memancing undi. Ramai ahli politik sama ada yang akan bertanding atau tidak bakal menjadi mangsa ‘kilang fitnah’ ini jika tidak wujud kesedaran berkempen secara bersih dan mengelakkan sesuatu yang mera­ gukan, palsu atau tidak benar.

Baru-baru ini di Permatang Pauh golongan wanita dipersendakan melalui poster satu program yang bertujuan baik tetapi diubah hasil kreativiti individu tertentu. Program anjuran BN/UMNO Permatang Pauh itu dinamakan 5,000 cermin mata percuma ditukar kepada 5000 baju dalam percuma. Gambar cermin mata ditukar kepada baju dalam, teks jom pi periksa mata, dapat terus cermin mata ditukar kepada jom pi periksa dada, dapat terus sarung dada. Gambar asal Ketua UMNO Bahagian, Mohd Zaidi Mohd Said yang berbaju biru hanya ditukar pada bahagian muka dan nama orang berkenaan sementara maklumat lain sama seperti poster asal. Apakah tujuan ‘salinan’ poster itu? Mahu mempersendakan program? Tindakan itu jelas merupakan sesuatu yang tidak benar yang bukan sahaja menimbulkan fitnah tetapi memalukan. Mujurlah sikap pemaaf Mohd Zaidi menyebabkan laporan polis yang dibuat ditarik balik. Kes itu diselesaikan dengan kehadiran dua orang yang terlibat. Diharapkan, kes ini menjadi pengajaran. Jangan kerana terlalu ghairah, gurauan akhirnya menjadi kes polis. Jangan orang pergi mengundi, anda masuk jel. Jangan orang meraikan kemenangan, anda masuk lokap.

Entah berapa banyak lagi yang akan tampil bergurau dengan menampal atau mencipta dialog sama ada yang benar atau tidak benar termasuk menggunakan gambar pemimpin tertentu. Bukan setakat pemimpin, masyarakat umum juga sudah menjadi mangsa. Contohnya, wanita yang dijadikan bahan memaparkan poster yang mengajak orang ramai menyokong parti tertentu. Mereka ini tidak tahu apaapa tetapi tiba-tiba saja gambar mereka tular sebagai model yang berkempen. Begitulah kreatifnya orang mencipta sesuatu yang tidak benar dalam era teknologi sekarang. Poster yang benar boleh dipalsukan pada bila-bila masa. Kemudahan teknologi disalah guna sehingga manusia mudah melupakan batas-batas adab sopan, melupakan seketika atau selamanya soal dosa dan pahala. Mereka ini sanggup memfitnah dan melaporkan perkara tidak benar. Perkara benar dikatakan tidak benar atau tidak benar dikatakan benar. Akhirnya kerajaan terpaksa menggubal undang-undang. Islam sudah ada peraturan atau hukum mengenai ‘fitnah dan memfitnah’ ini tetapi jika dalam kalangan orang Islam sendiri gagal untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan agama, adakah mereka mampu mematuhi undang-undang dunia? Jika mereka tidak peduli dengan hukum hakam yang termaktub di dalam agama, apa lagi yang boleh dilakukan?

Dalam keadaan sekarang, ke­nyataan­ juga akan diputar belit­ kan bagi menampakkan kesa­lahan orang yang berbicara. Contohnya baru-baru ini apabila kenyataan Pengerusi BN Pulai, Nur Jazlan Mohamed disalah erti berhubung kempen jom balik undi pakatan pembangkang yang didakwanya mempunyai muslihat tersendiri. Kenyataan itu jika tidak ditangkis akan menimbulkan­ persepsi lain. Jangan disalahkan pada hari mengundi. Memang benar peringatannya bahawa: “Untuk menterjemah sua­ra rak­yat, pengundi sepatutnya tinggal dalam kawasan tempat di mana mereka mengundi. Jadi konsep yang dibuat (Jom Balik Undi) sebenarnya merupakan tindakan yang tidak selari dengan prinsip atau dasar pilihan raya iaitu seseorang perlu menggunakan hak mengundi di kawasan dia tinggal.”

Kenyataan itu bukan bermaksud menghalang sesiapa untuk pulang mengundi tetapi kepulangan itu biarlah ikhlas. Tidak perlu mencari alasan dengan menu­ding jari ke arah lain. Persoalan yang harus diberi perhatian ialah kenapa masih ramai yang terus mengundi di luar kawasan di dia­minya sehingga menyukarkan mereka untuk pulang pada hari pengundian. Proses menukar alamat untuk tempat mengundi boleh dilakukan sepanjang tahun. Jika tujuannya untuk menjaga kepentingan parti yang disokong, maka bersedialah untuk pulang mengundi pada bila-bila masa, di mana sahaja. Jangan mencari salah orang di sana sini.

UMA160418010C#

Related posts

Leave a Comment