Di sebalik harga durian Musang King, hapus tol

BANYAK yang diperkatakan mengenai Bajet 2018 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Semua pihak mendapat tempias atau manfaat bajet ini walaupun sedikit. Bagaimanapun, sudah lumrah, ada pihak termasuk yang kerjanya membantah dan membangkang akan sentiasa mencari jalan dan alasan untuk memperkecilkan bajet ini. Bagi golongan ini, bajet yang dibentangkan itu tidak ikhlas, kosong, sekadar ‘gula-gula’ dan macam-macam lagi. Sebaliknya, mendakwa bajet merekalah yang lebih membawa harapan kepada rakyat. Ada juga bekas pemimpin yang dulunya bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) memperkecilkan bajet itu sedangkan, jika beliau masih bersama BN, sudah tentu mulutnya…

Read More

Perkhidmatan feri tidak seharusnya kekal ‘sekadar ada’

SATU perkhabaran yang meng­ gembirakan bagi warga Pulau Pinang apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengambil alih perkhidmatan feri Pulau Pinang secara rasmi hujung bulan ini atau November. Tidak timbul soal untung rugi apabila Prasarana mahu mengambil alih perkhidmatan itu yang dikendalikan oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB). Cerita rugi perkhidmatan feri ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sudah lama berlaku. Setiap tahun ada sahaja kenyataan mengenai kerugian ini yang sudah tidak sanggup ditanggung PPSB. Contohnya pada 2007, PPSB menanggung kerugian sebanyak lebih RM14 juta berbanding 2006 sebanyak RM13 juta.…

Read More

Ikut ‘imam’ rapatkan saf, jadi makmum terbaik

SAF! Itu antara perkataan yang sering kali imam laungkan sebelum mengimamkan solat. Maksudnya meminta jemaah memenuhi ruang kosong yang masih ada di hadapan, rapatkan kedudukan makmum, dan membetulkan barisan saf. Saf ini juga memperlihatkan penyatuan umat Islam dalam satu barisan. Nampak remeh tetapi itulah antara mesej yang mahu disampaikan dalam merapatkan saf dan membetulkannya. Rasulullah SAW juga amat menitik beratkan perkara ini. Ketika itu, keselesaan individu makmum dalam bersolat bukan lagi perkara utama kerana yang penting saf dirapatkan. Bagi yang pernah menjadi tetamu Allah di dua Tanah Suci, tentu akan…

Read More