Pulang dengan komitmen, keyakinan tingkatkan ibadah

KOTA suci Mekah mula ditinggalkan jemaah haji dari seluruh dunia. Selepas kemuncak haji pada 31 Ogos lalu, jemaah beransur pulang. Ada yang terus kembali ke negara masing-masing dan ada juga yang singgah di Madinah untuk lakukan ziarah serta mendapatkan solat 40 waktu di Masjid Nabawi. Beberapa hari terakhir yang tinggal, Baitullah terus dibanjiri umat Islam untuk melakukan umrah dan tawaf. Ada yang cuba tawaf sebanyak mungkin, setiap kali selepas solat. Dalam keadaan cuaca panas dan sekali sekala hujan, ternyata dataran Baitullah tidak pernah kosong. Mungkin kosong dalam tempoh seminggu ini…

Read More

Undang-undang dilanggar, ganjaran ibadah terjejas

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang me­mikul. Amat sedih berha­dapan dengan situasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itti­ faqiyah yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua guru. Leb­ih memilukan terutama dalam kalangan keluarga mangsa apa­ bila gambar atau video mangsa yang rentung di sebarkan melalui media sosial. Wajarkah gambaritu disebarkan? Ini bukan kali pertama gambar tragedi seumpama itu tular di media sosial. Sebelum ini beberapa gambar ngeri akibat kebakaran atau kemalangan sering tular di media sosial ter­masuk melalui WhatsApp. Begitu pantas tersebar. Kenapa begitu? Siapakah yang bertang­ gungjawab menyebarkannya?…

Read More

Di sini keselesaan boleh ‘dibeli’, di sana amal jadi taruhan

IBARAT sebuah unit rumah flat dua bilik dengan satu tan­das. Penghuninya sudah ra­mai. Tiba-­tiba muncul tetamu yang jumlahnya hampir separuh jumlah keluarga itu. Bagaimana suasananya? Tentunya sesak. Ti­dur berhimpit, kaki tidak mampu melunjur bimbang terkena kepala rakan dan beratur menunggu giliran untuk ke tandas. Sebagai tuan rumah, apakah penyelesaiannya? Perlukah membeli katil bertingkat bagi meme­nuhi keselesaan tetamu untuk satu atau dua malam? Atau mak­lumkan kepada keluarga jangan datang dalam jumlah yang ramai, hadkan kehadiran. Mungkinkah untuk jangka panjang tuan rumah melakukan ubah suai unit itu? Hakikatnya unit flat itu tidak…

Read More

Jemaah Malaysia bersyukurlah, terima kasih Tabung Haji

SELESAI ibadah haji tahun ini. Semoga mereka yang hadir sebagai dhyufurrahman pulang dengan kemabruran. Banyak perkara menarik yang berlaku pada musim haji ini khususnya yang melibatkan jemaah haji kita. Pertamanya sudah tentulah penambahan kuota jemaah oleh kerajaan Arab Saudi termasuk yang diluluskan pada saat-saat akhir. Tidak kurang hebatnya apabila pada beberapa penerbangan terakhir, kerajaan Arab Saudi memilih Malaysia untuk menjalankan projek perintis pra pelepasan bagi jemaah haji Malaysia. Melalui projek ini, Imigresen Malaysia dan Arab Saudi duduk di bawah satu bumbung bagi memudahkan urusan keluar masuk jemaah. Khabarnya, 50 orang…

Read More