Hormatilah hak orang lain, elak vandalisme

VANDALISME sudah menjadi budaya masyarakat? Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), vandalisme ialah perbuatan membinasakan, merosakkan harta benda awam atau persendirian. Suatu masa dulu, telefon awam menjadi sasaran vandalisme ini. Gagang telefon tercabut, peti duit syiling dipecahkan malahan pondok telefon dipecah, diconteng  malahan ada yang ditumbangkan. Banyak lagi harta benda awam atau kemudahan awam yang menjadi sasaran vandalisme. Dinding, pintu, tandas dan sebagainya menjadi sasaran mereka yang tidak peduli keperluan orang lain. Begitu jugalah apa yang berlaku terhadap kemudahan yang disediakan di projek terbaharu, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).…

Read More

Jangan mensia-siakan perjalanan ibadah haji

PANGGILAN haji tiba lagi! Firman Allah dalam surah al-Haji: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) Mu dengan berjalan kaki, dan menunggang berjenis-jenis unta kurus (kerana lamanya perjalanan), yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” Hari ini bermulalah detik perjalanan itu, penerbangan pertama membawa jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Madinah. Semoga semua penerbangan seterusnya dapat berjalan lancar. Bersabarlah jika menerima sebarang pindaan atau perubahan penerbangan. Ini juga satu cabaran yang menguji kesabaran. Bersyukurlah kerana 30,200 jemaah menerima giliran…

Read More

Semoga kos, tekanan di jalan raya berkurangan

DETIK yang menceriakan! Hari yang dinanti-nantikan. Menjimatkan masa dan meringankan beban kehidupan atau perbelanjaan. Tiada tekanan. Tidak perlu keluar awal pagi. Simpan kereta di rumah atau parkir saja di tempat yang disediakan. Tidak perlu fikir soal turun naik harga minyak untuk ke tempat kerja, tidak perlu mengharungi kesesakan di atas jalan dan plaza tol. Begitulah harapan terhadap perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) sejauh 51 kilometer (km) yang beroperasi sepenuhnya mulai hari ini. Diharapkan hari pertama ini tidak menimbulkan masalah sebaliknya melegakan semua pengguna yang selama ini…

Read More

Menu sihat tanpa ketupat, rendang, teh tarik

HARI ini hari ke-16 Syawal. Ini bermakna masih ada dua minggu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri walaupun 1 Syawal itulah kemuncak sam­butan. Dengan takbir hari raya bermula sejak maghrib malam 1 Syawal sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri, diakhiri khutbah kemudiannya kunjung-mengunjung, maka selesailah sambutan 1 Syawal. Berbeza dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut dengan takbir pada Hari Arafah sehinggalah akhir Asar 13 Zulhi­jah disertai dengan ibadah kor­ban pada hari-hari berkenaan. Bagaimanapun sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri selama sebulan. Puasa sebulan, hari raya juga sebulan. Mung­kin…

Read More