Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

BERMULA dengan Permatang Pauh, akhirnya seluruh ka­wasan Pas di negeri itu mahu memutuskan hubungan dengan PKR Pulau Pinang. Ini menunjuk­kan Pas Pulau Pinang serius untuk memutuskan hubungan yang ter­jalin selama ini terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013. Jika tidak ada sebarang pusingan U, Pas Pu­lau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik de­ngan PKR pada Muktamar Pas Ke­ 63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini. Se­mua 13 Kawasan Pas Pulau Pinang bersetuju membawa usul itu kera­na PKR dilihat tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. Pas sudah tidak ada pilihan lagi apabila PKR mempunyai hubung­an kerjasama politik dengan DAP dan PAN (serpihan Pas). Persoa­lannya sejauh mana kerjasama di negeri lain terutama Selangor yang merupakan gabungan kera­jaan DAP-PKR-Pas?

Ketika ini kerajaan negeri itu berjalan seperti biasa apabila se­ mua ahli majlis mesyuarat kera­jaan negeri (Exco) Pas kekal, be­gitu juga jawatan lantikan politik lain termasuk pihak berkuasa tempatan, JKKK, ketua kampung dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Sebelum ini, pemimpin DAP Selangor pernah mengelu­arkan kenyataan supaya Pas meninggalkan semua jawatan dalam kerajaan negeri itu secara terhormat dan bermaruah sekiranya tidak mematuhi keputusan dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR. Di Selangor, Pas dan DAP masing­masing meme­nangi 15 kerusi sementara PKR 14 dan BN 12. Mungkinkah kerjasa­ma Pas­-PKR akan kekal di negeri tertentu atas kepentingan politik? Dalam politik tidak ada kawan atau lawan. Apa sahaja boleh berlaku demi politik. Berban­ding di Pulau Pinang, Pas tidak mampu memainkan peranan se­bagai komponen penting dalam kerajaan negeri. Ibarat melukut di tepi gantang. Menyelak kembali pencapaian Pas sebelum ini, Pashanya menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Per­ matang Pasir yang terletak di ka­wasan Parlimen Permatang Pauh. Pas pernah menang kerusi DUN Sungai Dua (1978) yang ketika itu juga di kawasan Parlimen Per­matang Pauh. Untuk rekod, pada PRU 1978, Pas memenangi kerusi Permatang Pauh sebelum Anwar Ibrahim mewakili BN pada PRU Ke-­6 (1982) sehinggalah ke PRU Ke­-9 dan kemudian disambung oleh isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada PRU­10 hingga ke-­13. Berikutan pendirian Pas memu­tuskan hubungan dengan PKR, sudah pasti Pas akan bertanding semula di Permatang Pauh serta kerusi­-kerusi DUN yang disan­dang oleh PKR. Adakah Pas akan mengikut ke mana sahaja PKR dan PAN bertanding?

Semasa PRU lalu, Pas diperun­tukkan enam kerusi DUN iaitu Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir, Sungai Acheh dan Bayan Lepas. Di peringkat Parlimen pula, Pas bertanding di Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Sebelum keha­ diran PKR, Barisan Nasional (BN) sering berhadapan pertandingan dua penjuru dengan Pas, kadang­-kadang tiga penjuru bersama DAP. Calon Pas dan DAP juga pernah bertembung di beberapa kawasan. Tanpa mengambil kira sebarang pusingan U, di Pulau Pinang, pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan di kebanyakan DUN dan Parlimen terutama ka­wasan majoriti Melayu sama ada melibatkan BN-Pas­PKR/PAN/ PPBM. Mungkin juga pertem­bungan empat penjuru sekiranya tidak ada kata sepakat.

Begitu juga jika pembangkang lain seperti Parti Cinta Malaysia (PCM) dan serpihan DAP iaitu Parti Alternatif Rakyat (PAP) tu­ rut serta. Menyelak PRU lalu, kebanyakan kawasan di Pulau Pinang melibatkan pertembungan dua penjuru, BN dan pembang­kang. Keadaan ini yang memberi kesan kepada BN apabila pe­nyokong pembangkang bersatu menyokong calon tunggal pembangkang. Sebaliknya jika ber­laku pertembungan tiga penjuru, sudah tentu undi untuk pem­bangkang berpecah. Keadaan ini sedikit sebanyak mencemaskan pakatan pembangkang terutama PKR bagi kawasan majoriti Me­layu. DAP juga tentunya bimbang kerana majoriti yang dimenangi PKR bukanlah terlalu besar. Se­belum ini, penyokong Pas mem­bantu kemenangan calon-­calon PKR di kawasan Melayu. Begitu juga di kawasan majoriti bukan Melayu. BN akan selesa sekiranya penyokong UMNO tidak bergan­jak menyokong BN di samping pe­nyokong Pas memberi sokongan padu kepada calon pilihan parti.

Meninjau kawasan yang di­anggap majoriti Melayu atau peratusan pengundi Melayu yang tinggi, terdapat 16 daripada 40 kerusi DUN menjadi tumpuan BN (UMNO), Pas, PKR, PAN dan PPBM. Ketika ini, BN (UMNO) menguasai 10 kerusi, PKR (5) dan Pas (1). Majoriti mudah untuk memerintah Pulau Pinang ialah memenangi 21 kerusi sementara majoriti dua pertiga ialah 27 keru­si. Adakah pada PRU akan datang, UMNO mampu mengambil alih kerusi yang dimenangi PKR? Seka­lipun memenangi semua kerusi yang diletakkan calon Melayu, BN tidak mampu berbuat apa­-apa sekiranya rakan komponen se­perti Gerakan, MCA dan MIC gagal menyumbang sebarang kerusi. Adakah pertembungan tiga pen­juru akan berlaku di kawasan yang majoritinya pengundi Cina? Jika ada, parti mana yang mampu mencabar DAP? Sudah dua peng­gal DAP menguasai kerusi yang ditandinginya walaupun satu ke­tika hanya menang satu kerusi.

Mampukah Parti Cinta Malaysia (PCM) dan serpihan DAP iaitu Par­ti Alternatif Rakyat (PAP) meng­gugat kedudukan DAP? Baru­-baru ini PAP yang dipimpin oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mengesahkan akan bertan­ding semua 40 kerusi DUN dan 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Parti berbilang kaum itu mendak­wa kerajaan DAP Pulau Pinang akan tumbang dalam PRU14 aki­bat kerakusan pembangunan di negeri itu. Berbaloikah tindakan PAP itu? Mungkin sekadar gimik politik. Mampukah PAP menan­dingi DAP yang lebih berpengala­man? Jika PAP benar-­benar serius, pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan di kawasan yang dikuasai DAP. Cuma sejauh mana pengundi akan memihak kepada BN, DAP dan sama ada PCM atau PAP. Dalam situasi ini, adakah DAP bersedia melepaskan kerusi yang dimenanginya dalam men­catur pembahagian kerusi meli­ batkan PKR, PAN dan PPBM.

DAP menang semua 19 kerusi DUN yang ditandinginya dan perlu berhati­-hati membuat percaturan untuk menyerahkan mana­-mana kerusi kepada sekutunya. Mengi­kut kuota yang lepas, hanya ada 21 kerusi untuk diagihkan kepada ‘komponen’ Pakatan Harapan itu. Bersediakah DAP menghadapi risiko menyerahkan kerusinya? Mungkin untuk mengekalkan kuasa, DAP tidak akan mengor­bankan kerusi yang dimenangi­nya kecuali parti itu yakin seku­tunya akan menang walaupun dengan majoriti yang kecil. Ketika PRU lalu, DAP menang majoriti besar di semua kerusi. Jika di­selak keputusan lalu, PCM tidak mampu ‘menjentik’ calon DAP. Hanya Naib Presdien PCM, Heng Cheng Guan memperoleh 1,801 undi di kawasan Parlimen Batu Kawan yang dimenangi DAP de­ngan majoriti lebih 25,000 undi. Calon PCM lain yang bertanding di DUN sekadar memperoleh 25 hingga 115 undi. DAP tidak bim­bang dengan PCM atau PAP tetapi gelisah apabila Pas meninggalkan PKR. Kekuatan PAN dan PPBM pula masih diragui.

UMA170417010C#

Related posts

Leave a Comment