Masa depan siapa gelap dan suram selepas PRU

LUCU ada, sedih pun ada apabila mendengar dan membaca kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai ‘kalaulah kalau’ Pulau Mutiara jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. Pulau Pinang dikhabarkan akan sengsara jika DAP dan PKR kalah. Tidak pasti istilah tepat untuk digunakan terhadap kenyataan itu. Jika mahu dikatakan kempen PRU, ia masih terlalu awal biar pun ada yang meramalkan seawal bulan depan, empat bulan terakhir tahun ini dan tidak kurang pula berpendapat pada tahun hadapan. Jika bukan kempen, anggaplah ia berbentuk ingatan,…

Read More

Bagaimana DAP, PKR tanpa sokongan Pas di Pulau Pinang

BERMULA dengan Permatang Pauh, akhirnya seluruh ka­wasan Pas di negeri itu mahu memutuskan hubungan dengan PKR Pulau Pinang. Ini menunjuk­kan Pas Pulau Pinang serius untuk memutuskan hubungan yang ter­jalin selama ini terutama ketika menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013. Jika tidak ada sebarang pusingan U, Pas Pu­lau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik de­ngan PKR pada Muktamar Pas Ke­ 63 di Kota Sarang Semut, Kedah pada 27 April hingga 1 Mei ini. Se­mua 13 Kawasan Pas Pulau Pinang bersetuju membawa usul itu kera­na…

Read More

Merokok haram, jual pula ‘rokok haram’

DALAM tempoh sebulan ini, pelbagai usaha cuba dilakukan untuk mengekang tabiat merokok dalam kalanganrakyat. Semuanya berkaitan dengan peraturan dan undang-undang. Tujuannya bagi mendidik masyarakat ‘secara paksa’ supaya menjauhi rokok yang membahayakan kesihatan. Rokok dan merokok yang berkaitan hukum dan fatwa juga menjadi perbahasan bagi membimbing perokok khususnya dalam kalangan masyarakat Islam menghentikan tabiat merokok. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia pada 23 Mac 1995 memutuskan tabiat merokok itu haram mengikut pandangan Islam. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pula mewartakan fatwa pengharaman rokok berkuat kuasa pada 7 Disember 1995…

Read More