Merokok haram, jual pula ‘rokok haram’

DALAM tempoh sebulan ini, pelbagai usaha cuba dilakukan untuk mengekang tabiat merokok dalam kalanganrakyat. Semuanya berkaitan dengan peraturan dan undang-undang. Tujuannya bagi mendidik masyarakat ‘secara paksa’ supaya menjauhi rokok yang membahayakan kesihatan. Rokok dan merokok yang berkaitan hukum dan fatwa juga menjadi perbahasan bagi membimbing perokok khususnya dalam kalangan masyarakat Islam menghentikan tabiat merokok. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia pada 23 Mac 1995 memutuskan tabiat merokok itu haram mengikut pandangan Islam. Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pula mewartakan fatwa pengharaman rokok berkuat kuasa pada 7 Disember 1995…

Read More