Bertindaklah, bukan sekadar melontar cadangan, desakan

MINGGU lalu, satu forum di­ beritahu bahawa pegang­an tanah dalam kalangan orang Melayu di Pulau Pinang semakin merosot. Pegangan sebanyak 20.41 peratus itu diperoleh pada tahun 2008 dan 2009. Maknanya selepas enam tahun, jumlah itu terus merosot, lebih-lebih lagi di kawasan pulau yang dikatakan sekadar 16 peratus. Perangkaan itu diperoleh melalui Pusat Penyelidik­ an Dasar dan Kajian Antarabangsa (Cenpris) Universiti Sains Malaysia (USM). Presiden Persatuan Me­layu Pulau Pinang (Pemenang), Mohd. Yussof Latiff memberitahu, tanah Melayu di daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatat jumlah milikan tertinggi­ iaitu 44 peratus, Seberang Perai…

Read More