Keselamatan bukan gurauan, jangan biarkan rakyat panik

SEBELUM sempat menyelak surat khabar pagi semalam, perhatian tertumpu kepada WhatsApp yang diterima sebelum tengah malam kelmarin sehingga awal pagi. Beberapa isu menarik menjadi perhatian. Contohnya laporan kononnya beberapa anggota polis bantuan yang dikatakan mati ditembak dalam rompakan di premis pengurup wang. Lokasinya di KL Sentral. Turut menjadi perhatian ialah mengenai pengganas IS yang mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sasaran pengebom berani mati. Turut disenaraikan lokasi sasaran kumpulan ini. Nyata dua ‘berita’ itu palsu atau tidak tepat. Ada pihak yang suka mengambil kesempatan bagi menimbulkan keresahan atau kegusaran orang ramai.…

Read More