Rambut dah terputus, tepung pula berselerak?

TIBA-TIBA sahaja muncul semula isu berkaitan Mukhriz Tun Mahathir. Kisah Mukhriz panas pada April 2015 apabila terdapat desakan supaya Menteri Besar (MB) Kedah itu yang dilantik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri (PM), Najib Tun Razak. Isu itu kemudiannya ‘senyap’ sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO. Minggu lalu, timbul semula, kali ini barisan kepemimpinan UMNO Kedah yang bersuara. Kenapa timbul kembali? Lima hari berlalu, apa pula cerita politik Kedah hari ini? Selesaikah ‘kemelut’ jawatan MB yang melanda negeri Jelapang Padi itu? Sehingga semalam belum ada tanda-tanda…

Read More

Keselamatan bukan gurauan, jangan biarkan rakyat panik

SEBELUM sempat menyelak surat khabar pagi semalam, perhatian tertumpu kepada WhatsApp yang diterima sebelum tengah malam kelmarin sehingga awal pagi. Beberapa isu menarik menjadi perhatian. Contohnya laporan kononnya beberapa anggota polis bantuan yang dikatakan mati ditembak dalam rompakan di premis pengurup wang. Lokasinya di KL Sentral. Turut menjadi perhatian ialah mengenai pengganas IS yang mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sasaran pengebom berani mati. Turut disenaraikan lokasi sasaran kumpulan ini. Nyata dua ‘berita’ itu palsu atau tidak tepat. Ada pihak yang suka mengambil kesempatan bagi menimbulkan keresahan atau kegusaran orang ramai.…

Read More

Sebotol air mineral 600ml. dengan pelbagai harga

DI MANA silapnya? Orang ramai terus merungut kerana kos sara hidup meningkat. Golongan mana yang begitu terasa dan pihak mana pula yang tidak terasa apa-apa? Apakah yang menyebabkan ramai yang terasa kesan kenaikan ini atau sekadar perasaan awal tahun setiap kali musim persekolahan bermula? Kebanyakan atau hampir semua ibu bapa tidak perlu lagi membeli buku teks kerana semuanya percuma. Jika perlu beli pun, hanya buku latihan dan rujukan. Yuran juga tidak dikenakan kecuali apabila mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membuat keputusan bersetuju mengenakan yuran tertentu. Malangnya apabila keputusan…

Read More

Mencari keberkatan sepanjang 366 hari 2016

TAHUN baharu, azam baharu. Itulah kata-kata yang sering terucap apabila menyambut tahun baharu Masihi. Selepas berakhirnya 365 hari pada tahun 2015, berapa ramai yang menyelak semula sejauh mana azam awal tahun itu mencapai kejayaan. Mungkinkah terpaksa menyambung 366 hari lagi pada 2016 untuk ‘mengejar’ azam yang tidak kesampaian? Apa pun azam kita, biarlah yang terbaik. Mungkin anda mahu bekerja lebih gigih dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin membeban-kan? Buat dua atau tiga kerja seperti yang kebanyakan orang terutama di ibu kota telah pun melakukannya. Siang di pejabat, malam bawa teksi,…

Read More