Politik di Permatang Pauh ‘ganas’ dan mencabar

BARISAN Nasional (BN) gagal ‘melakar sejarah baharu’ di Permatang Pauh seperti tema manifestonya dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu minggu lepas. Kekalahan tidak dapat dielakkan walaupun suasana yang ada sekurang-kurangnya mampu me­lonjakkan BN menang atau kalah dengan majoriti kecil seperti yang berlaku pada PRU 2004. Calon BN, Pirdaus Ismail kalah kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 590 undi. Pada peringkat­ awal, BN dikatakan mempunyai sedikit peluang tetapi suram akibat ‘kekalutan’ pelbagai isu yang gagal diselesaikan dengan baik. Saya berada di Permatang Pauh untuk minggu terakhir kempen…

Read More