Lupa soal kebersihan ketika beribadah di kota suci

JUMAAT lalu, khutbah di Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra (BSP) dekat Bangi memperkatakan tentang kebersihan. Solat Jumaat kedua di masjid itu selepas kali pertama digunakan pada Hari Raya Aidiladha. Syukurlah kerana masjid yang mendapat bantuan kerajaan Pusat, pemaju BSP iaitu UMLand serta para penderma pelbagai peringkat itu akhirnya berjaya disiapkan. Jawatankuasa masjid masih mengharapkan bantuan dan sumbangan bagi meningkatkan kemudahan sedia ada termasuk kediaman imam. Kembali kepada khutbah tadi, isu kebersihan dibangkitkan kerana kes denggi yang tertinggi melanda negeri Selangor termasuklah di kawasan BSP. Pada hari itu, khatib menyeru…

Read More