TAHNIAH kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang berjaya menghimpunkan penulis-penulis seluruh negara di Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM). Begitu juga sokongan yang diberikan Bina Darulaman Berhad (BDB), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM). SKPM bermula Jumaat dan berakhir semalam menghimpunkan penulis-penulis tersohor negara. Banyak yang diperkatakan sepanjang SKPM termasuk isu-isu berkaitan nasib penulis, masa depan penulisan/penerbitan, isu-isu bahasa, perpaduan, memartabatkan sastera dan macam-macam lagi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula mengumumkan penubuhan Yayasan Penulis Malaysia semasa merasmikan SKPM itu. Banyak perkara yang…
Read MoreMonth: October 2014
Lupa soal kebersihan ketika beribadah di kota suci
JUMAAT lalu, khutbah di Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra (BSP) dekat Bangi memperkatakan tentang kebersihan. Solat Jumaat kedua di masjid itu selepas kali pertama digunakan pada Hari Raya Aidiladha. Syukurlah kerana masjid yang mendapat bantuan kerajaan Pusat, pemaju BSP iaitu UMLand serta para penderma pelbagai peringkat itu akhirnya berjaya disiapkan. Jawatankuasa masjid masih mengharapkan bantuan dan sumbangan bagi meningkatkan kemudahan sedia ada termasuk kediaman imam. Kembali kepada khutbah tadi, isu kebersihan dibangkitkan kerana kes denggi yang tertinggi melanda negeri Selangor termasuklah di kawasan BSP. Pada hari itu, khatib menyeru…
Read More