Peristiwa apa bakal berlaku menjelang detik 2014

APA yang akan berlaku esok? Itulah per-soalan yang timbul menjelang 31 Disember yang menandakan berakhirnya tahun 2013 dan kemunculan tahun baharu 2014. Detik 31 Disember menjadi perhatian kali ini bukan sahaja kerana menunggu ketibaan tahun baharu 2014 sebaliknya apa yang akan berlaku di ibu negara khususnya Dataran Merdeka. Setakat ini, lebih 1,000 laporan polis telah dibuat berhubung rancangan mengadakan perhimpunan haram yang dinamakan Himpunan Gulingkan Kerajaan. Mengikut laporan, beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai terlibat dengan perhimpunan itu. Jika berlaku, sudah tentu ia akan bertembung dengan sambutan ambang tahun…

Read More

Isu parkir, kos tambang pengangkutan awam di Kuala Lumpur

BAYANGKAN Kuala Lumpur tanpa tempat letak kereta atau parkir yang mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah kenderaan yang memasuki ibu kota. Memang ada tempat letak kereta di dalam bangunan sama ada di pusat membeli-belah, pejabat dan hotel. Persoalannya masih belum mencukupi. Di kawasan tanah lapang juga disediakan parkir. Kadar bayaran pula tidak sama. Bagi kawasan lapang, kadarnya berbeza mengikut kawasan. Ada yang RM7 dan ada sehingga RM10. Selama mana tempat letak kereta di kawasan lapang ini mampu bertahan? Lambat laun, kawasan ini akan bertukar menjadi tapak binaan bangunan yang menempatkan ruang…

Read More

Ikhlas dalam gerak kerja membantu mangsa banjir

SYUKURLAH kerana situasi banjir di negeri-negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor semakin pulih. Ramai yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir telah kembali ke kediaman masing-masing. Bagaimanapun kita harus sentiasa berwaspada kerana banjir dijangka berulang. Gelombang kedua kemungkinan berlaku minggu ini. Terdapat juga tiga episod hujan lebat sehingga Februari tahun depan. Apa pun, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Dalam setiap bencana, kerosakan harta benda awam dan persendirian tidak dapat dielakkan. Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung terutama oleh keluarga yang terlibat dalam bencana ini. Begitu juga di pihak kerajaan. Biarlah…

Read More

Mempersiapkan jentera parti mempertahankan ‘simpanan tetap’

PERHIMPUNAN Agung UMNO berakhir dengan membawa mesej jelas untuk dilaksanakan anggota parti di setiap peringkat. Dengan tekad meneruskan agenda transformasi politiknya, sudah pasti perhimpunan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan memperbaharui tekad untuk memperbaiki kedudukan parti pada PRU akan datang. Sebagai catatan, UMNO memenangi 88 daripada keseluruhan 133 kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berbanding 79 pada 2008. Ini satu peningkatan kejayaan hasil sokongan orang Melayu dan Bumiputera, khususnya di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Maka memang wajar, penegasan terhadap Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dijadikan…

Read More

Membina kekuatan UMNO menghadapi pilihan raya umum

KAWASAN di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula dikunjungi anggota-anggota UMNO pelbagai peringkat. Dari Perlis hingga ke Sabah, mereka akan ‘berkampung’ di situ selama lima hari. Turut mengambil peluang peniaga-peniaga dari seluruh negara yang menjalankan pelbagai perniagaan sama ada pakaian, makanan, hiasan, perkhidmatan dan pelbagai produk. Sambil bersidang, perwakilan, pemerhati dan anggota UMNO berpeluang meninjau pelbagai barangan yang dijual. Diharapkan peluang ini juga dapat membantu meluaskan perniagaan para usahawan Melayu ini ke negeri-negeri yang belum diteroka serta mencari peluang baru dalam perniagaan. Seperti biasa, acara rasmi perhimpunan akan bermula…

Read More