Mata dan telinga tertumpu pada perhimpunan UMNO di Dewan Merdeka

SAMA seperti bahang pilihan raya umum (PRU) yang semakin terasa, kehangatan Perhimpunan Agung UMNO juga sudah dapat dirasai. Kawasan di sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mula dikunjungi anggota-anggota UMNO pelbagai peringkat. Mereka akan berkampung di situ selama lima hari. Beberapa program menjelang perhimpunan itu juga diadakan di Dewan Merdeka sejak Sabtu lalu. Acara rasmi perhimpunan akan bermula esok dengan Majlis Taklimat Presiden pada sebelah siang dan malamnya berlangsung perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Kepada 2,674 perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, diucapkan selamat bersidang. Tumpukan…

Read More

Sama-sama kita mendoakan laluan mudah mencari damai di bumi Palestin

GENTING Gaza dilanyak lagi. Entah kali ke berapa rejim Zionis melakukan kekejaman itu. Seingat penulis, serangan terakhir ialah selama tiga minggu bermula pada akhir tahun 2008 sehingga Januari 2009. Sebanyak 1,400 penduduk Palestin menjadi korban. Jumlah itu tidak termasuk serangan ‘main-main’ (peluru lawan batu) yang berlaku tidak tentu masa yang terpaksa dihadapi penduduk Palestin dalam kehidupan seharian mereka. Selak pernah menulis mengenai serangan 2008 di bawah tajuk Hanya ‘hukuman’ Tuhan selamatkan Palestin? Apakah yang akan berlaku seterusnya? Sampai bila bumi Palestin akan dihujani peluru dan bom serta bermandikan darah? Sukar…

Read More

Masih banyak cabaran umat Islam pada 1434H

MINGGU ini ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang kerana ada ‘bonus’ cuti umum selama dua hari. Esok rakyat Malaysia bercuti sempena Hari Deepavali. Pada hari Khamis pula, kita bercuti untuk menyambut Maal Hijrah (Awal Muharam) 1434H. Ramai yang mengambil cuti panjang lebih-lebih lagi apabila sekolah mula bercuti pada Jumaat lalu. Kepada masyarakat India khususnya rakan-rakan, pembaca, pengiklan dan pengedar akhbar Utusan Malaysia, diucapkan selamat menyambut Hari Deepavali. Sekali lagi kita bersyukur kerana rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat menyambut hari-hari perayaan mereka dalam suasana yang harmoni. Baru-baru ini, umat Islam…

Read More

Undang-undang antilompat dan satu calon satu kerusi

KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Azhar Ibrahim sekali lagi digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang DUN, kali kedua dalam tempoh dua tahun. Penggantungan ini sudah tentulah yang terakhir bagi penggal ini jika pilihan raya umum (PRU) berlangsung dalam tempoh terdekat. Penggantungan itu mendorong Azhar untuk bertanding semula pada PRU akan datang. Sebelum ini beliau membayangkan hasrat untuk berundur setelah lima penggal di dalam dewan itu, bermula sebagai wakil rakyat biasa diikuti exco kerajaan negeri dan kini ketua pembangkang. Teruskanlah cikgu. Kalau Nik Abdul Aziz Nik Mat…

Read More