Masing-masing ghairah menjadi ‘panglima perang’ menjelang PRU

SEJAK kebelakangan ini ramai yang sudah bercakap mengenai siapa yang akan masuk dan siapa pula yang akan keluar ‘gelanggang’ pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Di sesetengah negeri, ada pemimpin parti politik tertentu seperti Pas dan DAP yang sudah bertindak sebagai ‘panglima perang’ yang menunjukkan jalan keluar atau jalan masuk kepada orang tertentu menjelang PRU. Ada juga yang menawarkan diri untuk bertanding kerana menganggap diri mereka sebagai calon boleh menang atau winnable candidate seperti yang diuar-uarkan oleh UMNO. Diharapkan tindakan mengisytiharkan diri sebagai calon boleh menang itu tidak menimbulkan perasaan…

Read More